utama

Dhabitah sumbang emas pertama [METROTV]

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Kem negara bermula dengan langkah kanan di Sukan Sea Hanoi apabila 'menyapu' kedudukan satu dua dalam acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita sebentar tadi.

Atlet terjun wanita elit negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas buat negara dengan pungutan mata keseluruhan 290.45 mata jauh meninggalkan peserta lain.

Lebih manis lagi kejayaan Dhabitah itu turut diiringi rakan senegara, Kimberly Bong Qian Ping yang berjaya memperoleh pingat perak untuk acara berkenaan selepas memperoleh 230.0 mata.

Pada aksi terjunan itu, Dhabitah pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 mempamerkan aksi konsisten sekali gus jauh meninggalkan peserta lain.

Sementara itu peserta tuan rumah, Ngo Phuong Mai yang dilihat mampu memberi tentangan sengit kepada Malaysia hanya sekadar meraih pingat gangsa dengan 224.0 mata.

Disiarkan pada: May 8, 2022 @ 5:17pm
d