utama

Kucing makan tuan

Oleh Agensi

Moscow: Dimakan 20 kucing peliharaan sendiri. Itu yang berlaku kepada mayat seorang wanita di bandar Bataysk di Rostov Oblast, Rusia yang meninggal dunia di rumahnya.

Mirror pada Sabtu melaporkan wanita itu meninggal dunia dua minggu lalu sebelum ditemukan dan dia dimakan kucing daripada baka Maine Coon yang dipeliharanya.

Ketika ditemukan polis, mayatnya dikelilingi kucing-kucing berkenaan yang diketahui umum dengan sifat pasif dan lembut.

Bagaimanapun, dalam keadaan lapar selama beberapa minggu, kucing berkenaan bertindak di luar kawalan untuk bertahan dan terus hidup.

Penyelamat haiwan itu berkata, kucing itu bertindak memakan tuan mereka kerana tidak ada makanan dan sangat lapar.

"Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa makanan. Itu kita faham. Mereka makan apa yang ada," katanya.

Beberapa kucing milik wanita itu yang masih sihat dijual kepada pemilik baharu pada harga GBP30 (RM165) seekor.

Kejadian haiwan maka

n tuan bukanlah isu baharu kerana kejadian sama dilaporkan tahun lalu di Madrid, Sepanyol.

Dalam kejadian itu, jiran terpaksa menghubungi polis selepas tercium bau busuk dan mendapati banyak lalat di sekitar rumah mereka.

Mangsa dimakan oleh tujuh kucing dengan lima daripadanya ditemukan mati di sisi mayat berkenaan.

Disiarkan pada: June 20, 2022 @ 6:30am
d