utama

Suami isteri dipercayai dibunuh di rumah sendiri [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Mayat suami isteri ditemukan di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, di sini, hari ini, dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga.

Mayat kedua-dua mangsa berusia 40-an ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Sehingga kini pasukan polis dan forensik masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Turut hadir di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Berita lanjut menyusul.

Disiarkan pada: July 7, 2022 @ 12:15pm
d