utama

Teman lelaki suspek wanita hina agama ditahan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Teman lelaki kepada wanita yang disiasat kerana menghina agama Islam di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini ditahan polis, semalam.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berkenaan direman selama tiga hari sehingga 13 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Tangkapan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Bagi suspek wanita yang ditahan kelmarin, permohonan untuk menyambung reman akan dibuat memandangkan tempoh reman akan tamat esok," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan.

Pada 8 Julai lalu, tular video 54 saat menunjukkan wanita di kelab komedi di TTDI mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Disiarkan pada: July 11, 2022 @ 4:07pm
d