utama

Gaya tak bersikat

Oleh Agensi

London: Seorang bayi perempuan mempunyai rambut seperti bekas Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson kerana rambutnya tidak boleh disikat.

Portal Mirror melaporkan, Layla Davis yang berusia 18 bulan diberi jolokan nama 'Boris'.

Kanak-kanak itu dilahirkan dengan Sindrom Rambut Tidak Bersikat (UHS), yang menyebabkan rambut kering dan kerinting serta tidak boleh diluruskan.

Dia disahkan mengalami UHS minggu lalu.

Ibunya, Charlotte, 28, dari Great Blakenham, Suffolk, berkata, dia dan pasangan Kevin, 35, cuba mengeringkan dan menyikat rambut anak perempuannya tetapi tidak berjaya.

Saintis menganggarkan hanya 100 orang mempunyai keadaan itu di seluruh dunia.

Biasanya ia dikesan ketika kanak-kanak bermula usia tiga tahun, tetapi dikesan pada usia 12 tahun.

Kanak-kanak yang terjejas mempunyai rambut berwarna cerah, digambarkan sebagai berambut perang atau keperakan dan berkilauan.

UHS adalah gangguan pada batang rambut disebabkan gen yang tidak berfungsi dengan betul.

Ia mula dikenal pasti pada 1973.

"Kadang-kadang kami memanggilnya Boris kerana rambutnya tidak boleh diuruskan, tidak kira apa yang kami lakukan terhadapnya, rambutnya tidak akan lurus.

"Kami mencuba pelbagai jenis seperti mengering dan menyejukkannya, tetapi baru-baru ini baru kami tahu keadaannya.

Katanya, tiada ubat untuk UHS tetapi ia biasanya menjadi lebih baik atau hilang sepenuhnya sekitar permulaan akil baligh.

Kebiasaannya doktor mencadangkan ibu bapa berhati-hati dengan rambut jika mempunyai UHS.

Layla bukan satu-satunya anak di UK yang rambutnya menjadi perbandingan dengan Johnson.

Disiarkan pada: July 20, 2022 @ 7:00am
d