utama

Najib hentikan khidmat ZIST [METROTV]

Oleh Murni Wan Omar

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melakukan kejutan apabila menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili dirinya sebelum prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd bermula sebentar tadi.

Semua peguam dari ZIST tidak kelihatan di mahkamah.

Pada 25 Julai lalu, Najib menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Beliau kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co.

Hisyam dilantik bagi menggantikan Muhammad Shafee.

Dalam prosiding semalam, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib selepas gagal mendapat penangguhan prosiding.

Bagaimanapun panel lima hakim Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan itu.

Prosiding rayuan diteruskan hari ini bagi mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram.

Disiarkan pada: August 19, 2022 @ 9:44am
d