utama

Samy Vellu meninggal dunia

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu, 86, meninggal dunia, hari ini.

Berita itu dikongsikan menerusi akaun Facebook bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S Subramaniam.

Difahamkan, Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di ibu negara.

"Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya, Vell Paari.

"Bagi kebanyakan daripada kami, beliau ialah mentor terakhir," tulisnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

Beliau juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

Disiarkan pada: September 15, 2022 @ 9:22am
d