utama

Jepun malukan Jerman

Oleh Reuters

Doha: Jaringan daripada pemain gantian Ritsu Doan dan Takuma Asano pada 15 minit terakhir perlawanan membolehkan Jepun melakar kemenangan mengejut 2-1 ke atas juara dunia empat kali, Jerman pada saingan Kumpulan E Piala Dunia, sebentar tadi.

Jerman menguasai perlawanan yang berlangsung di Stadium

Antarabangsa Khalifa dan mendahului pada minit ke-33 menerusi penalti disempurnakan oleh Ilkay Guendogan selepas penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda melakukan kekasaran terhadap David Raum.

Percubaan menambah jaringan gagal diterjemahkan Jerman bagaimanapun Jepun bangkit menerusi jaringan penyamaan lewat Doan dan diikuti penyudah bijak dari Asano lapan minit kemudian.

Kekalahan itu adalah yang ketiga berturut-turut bagi perlawanan pembukaan di kejohanan utama buat Jerman selepas tewas kepada Mexico pada Piala Dunia 2018 dan kekalahan kepada Perancis di Euro 2020.

Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 11:11pm
d