utama

Istiadat Angkat Sumpah PM ke-10 [LANGSUNG]

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara, di sini, 4.32 petang hari ini bagi Istiadat Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri akan berlangsung di lstana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10selepas memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

Disiarkan pada: November 24, 2022 @ 4:41pm
d