utama

Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik

Oleh Siti Rohana Idris

Tumpat: Tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, semua mangsa perempuan berusia antara 20 hingga 27 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua lagi adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Disiarkan pada: December 19, 2022 @ 2:04pm
d