utama

Tanah runtuh: Mayat terakhir ditemukan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Hulu Selangor: Mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh yang juga kanak-kanak lelaki ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, hari ini.

Penemuan itu menjadikan keseluruhan 31 mayat mangsa ditemukan sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Operasi SAR pada hari kesembilan itu bermula 7.30 pagi tadi dengan kekuatan 80 pegawai dan anggota pelbagai agensi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) serta jengkaut.

Pencarian mangsa terakhir ditumpukan di Sektor A (Hill View) yang dipercayai menjadi lokasi terakhir mangsa.

Sejumlah 92 mangsa terdiri daripada 78 pengunjung dan 14 pekerja terbabit insiden tanah runtuh dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan kira-kira tiga hektar.

Disiarkan pada: December 24, 2022 @ 5:21pm
d