utama

Terkini: Belanjawan 2023

Oleh Harian Metro

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini.

Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober tahun lalu bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Ikuti sorotan langsung Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar seperti berikut:


• Sumbangan musim tengkujuh dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta


• Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan daripada RM2.50 sen kepada RM2.70 sen sekilogram dengan peruntukan RM350 juta


• Bernas setuju kongsi keuntungan daripada import beras dengan sumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi


Sumbangan tunai RM200 sebulan kepada pesawah padi untuk tempoh tiga bulan atau semusim dengan peruntukan RM228 juta


• Subsidi, insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma akan diteruskan kepada pesawah dengan peruntukan RM1.6 bilion - PM Anwar


• Kerajaan akan tawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta


Sumbangan Tunai Rahmah bantu ringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion


• Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak


• RM100 juta disediakan untuk jayakan program Jualan Rahmah di setiap kawasan Parlimen


• Jualan Rahmah tawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran


• RM64 bilion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif bagi minimumkan kos sara hidup rakyat


• Iltizam Kerajaan untuk noktahkan kemiskinan tegar, 130,000 rakyat tersusah akan segera dibant


• Elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat yang terlibat dalam misi di Turkiye dan Syria - PM Anwar


Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, RM350 kepada pesara, bayaran April ini


• Jabatan Bantuan Guaman akan naikkan had kelayakan bantuan guaman penuh daripada RM30,000 kepada RM50,000, bantu rakyat susah


• Pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta


Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diwujudkan, beri perkhidmatan sokongan komprehensif


• Sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan, banteras aktiviti pornografi kanak-kanak


• Majikan digalakkan untuk menggaji bekas banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan JKM


• Kerajaan sasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan Akta Insolvensi 1967


• Rakyat yang diisytihar muflis berhak diberi peluang, Akta Insolvensi 1967 akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik


• Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna golongan pertengahan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua peratus.



• Subsidi yuran taska RM180 sebulan disediakan kerajaan kepada penjawat awam yang perlu menghantar anak mereka pusat asuhan.


• Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.


• Kerajaan cadang pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tahun ini bagi banteras rasuah dan salah laku


Projek tebatan banjir RM15 bilion, Jana Wibawa RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini dibatalkan


• Semua agensi termasuk LHDN, SPRM dan PDRM sedang giat siasat salah laku rasuah serta nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper


• Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.


• Kerajaan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.


Diskaun sehingga 20 peratus akan diberikan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Mac ini.



• Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.


• GLC antaranya Khazanah dan KWSP akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion


• Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.


• RM1 bilion dana pembiayaan tersedia dibawah BNM untuk bantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan, mendigitalkan operasi


• Nilai pelaburan terkumpul Syarikat Berkaitan Kerajaan dianggar mencecah RM50 bilion tahun ini


• Kerajaan terima komitmen swasta untuk wujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion


• Wakaf Felda buktikan peneroka bukan lagi golongan terima bantuan tetapi berkongsi rezeki dengan nilai 32 wakaf melebihi RM27 juta


• RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil


• Kerajaan akan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk bantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang


• RM80 juta disediakan bagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit


• Kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran sepadan untuk menggalakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan


• Bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan ditambah kepada 1,500 orang libatkan peruntukan RM50 juta


• RM38 juta disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya


• Kerajaan tekad pertahankan khazanah semula jadi negara, pelihara biodiversiti, kurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil balak


• Kerasukan dan kegelojohan menggondol khazanah alam, pembalakan bermaharajalela antara sebab terjadi bencana besar


• RM20 juta disediakan di bawah Geran 22 Pertubuhan Prihatin Komuniti, kumpulan awal ketika bencana


• Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA disediakan RM50 juta bagi peralatan dan aset hadapi bencana


• SJPP sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS



• Hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh BNM bagi SME


NADMA sediakan RM150 juta untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan


• Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitf kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah


• Prestasi pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye amat cemerlang dan membanggakan, harap dapat tingkatkan kecekapan mengurus bencana


• Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion


• Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024


• Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan



• Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus


• Enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun 2023


• Negara dijangka jimat RM2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir sebelum ini jika pelaksanaan perolehan dibuat secara tender


• Kerajaan akan kaji untuk perkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024


• Kerajaan cadang kenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape



• Bagi pastikan projek tebatan banjir capai matlamat, projek cakna rakyat dan berimpak tinggi mesti dilaksanakan secara tender


• Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini


• Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS


• Agihan dividen ASB yang lebih kepada rakyat memerlukan


• Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian


• Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022


• Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah


• Laporan Ketua Audit Negara 2020, 2021 dedahkan wujud ketirisan hampir RM3 bilion meliputi kehilangan wang awam, pembaziran, pembayaran tidak teratur


• Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus


• Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik


• Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan - PM Anwar


• Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu


• Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM388.1 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022


• Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023


• Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau


Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 3:56pm
d