utama

Iqbal Mazlan menangis dapat lihat pergerakan tangan tunang [METROTV]

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Paparan video pelakon, Iqbal Mazlan, 33, yang menangis ketika memberi respon terhadap cahaya matahari, semalam amat menyentuh perasaan. 

Menerusi video kiriman bapanya, Mazlan Ibrahim, Iqbal yang hilang penglihatan akibat jangkitan virus pada mata sejak 5 Mac lalu memberi respon terhadap pergerakan tangan tunangnya, Aida Othman.

Dia kemudian menangis terharu kerana penglihatannya dikatakan beransur pulih.

Iqbal seterusnya meraikan kegembiraan apabila memeluk Mazlan yang turut menemani mereka di situ. 

Mazlan berkata, kebiasaannya selepas ujian di klinik mata dan sebelum kembali ke wad Hospital Shah Alam, dia bersama Aida akan membawa Iqbal untuk berjemur di bawah matahari.

"Ia dibuat waktu pagi setiap hari hinggalah sekarang sebagai ikhtiar pemulihan. Aida sering menemani Iqbal dan bagi kata-kata semangat. Dia juga adalah rakan kongsi kafe Iqbal di Sepang," katanya.

Mazlan berkata, anaknya itu merancang untuk berkahwin dengan Aida pada Mei ini. 

Disiarkan pada: March 17, 2023 @ 6:49pm
d