utama

Farid Kamil kekal tenang di mahkamah

Kuala Lumpur: Pelakon, Farid Kamil berkongsi video yang didakwa dimuat naik oleh rakannya di Instagram Story, memaparkan dirinya sedang berjalan di pekarangan Mahkamah Syariah Subang Bestari, pagi ini.

Video itu turut tertera dengan kata-kata semangat oleh rakannya kepadanya.

"Percaturan Allah itu indah. 'Keep cool' (terus tenang)," tulisnya.

Sebelum itu, Farid turut berkongsi gambarnya sedang makan bersama pasukan peguamnya dan juga tangkap layar berita mengenai sesi permohonan perceraian yang difailkan isterinya, Diana Danielle.

Dalam hantaran-hantaran itu, Farid kelihatan tenang walaupun dihambat dengan pelbagai persoalan oleh netizen yang mula menulis komen dan mendapatkan pengesahan daripadanya.

Sementara itu, Diana tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan permohonan perceraian, sebaliknya hanya berkongsi promosi untuk filem terbaharu lakonannya, Imaginur.

Harian Metro cuba menghubungi Farid dan Diana menerusi panggilan telefon dan juga kiriman, WhatsApp namun belum menerima sebarang maklum balas.

Disiarkan pada: March 20, 2023 @ 7:53pm
d