utama

Nombor telefon Farid Kamil disekat [METROTV]

Oleh Ramlah Zainal

Shah Alam: "Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya 'di-block' (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan WhatsApp tidak berbalas," kata pelakon Farid Kamil, 42.

Farid berkata demikian ketika sebutan kali pertama kes hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Farid berkata, usaha untuk menghubungi isteri, Diana Danielle dan anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, menemui jalan buntu apabila nombornya disekat daripada berbuat demikian.

Katanya, satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Diana sekarang adalah ketika hadir ke mahkamah.

"Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah saja sekarang," katanya.

Ditanya mengenai anaknya, Muhammad, kata pelakon filem Anwar, The Untold Story itu, dia hanya dapat menghabiskan masa selama enam jam bersama anak sulungnya, itu, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, Muhammad juga ceria. Saya dapat jumpa dia selama enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.

"Untuk perjumpaan terbabit, hanya berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang," katanya.

Disiarkan pada: April 5, 2023 @ 12:44pm
d