utama

Diana Danielle mahu adil untuk anak-anak

Oleh Ramlah Zainal

Shah Alam: "Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu adil kepada anak-anak," kata pelakon, Diana Danielle, 32, mengenai sebutan kes hadanah membabitkan hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

Diana berkata, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu dan hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak mereka dengan baik.

"Alhamdulillah, sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan saya tidak mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian," katanya.

Ditanya mengenai keadaan Aurora, Diana juga enggan mengulas bagi menjaga ruang peribadi anaknya.

"Alhamdulillah, saya melindungi ruang peribadinya. Saya tak mahu cakap banyak," katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.

Disiarkan pada: April 5, 2023 @ 1:29pm
d