utama

Pasangan kekasih berkelakuan jelik dalam kereta direman

Oleh Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana disyaki melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan direman dua hari.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorfazlin Hamdan selepas menerima permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan secara berasingan di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara 4.15 petang hingga 5.15 petang semalam.

Terdahulu, mereka didakwa berkelakuan jelik dalam kereta jenis Perodua Axia di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 3.03 petang, 29 Mac lalu.

Disiarkan pada: April 7, 2023 @ 12:53pm
d