utama

Mael XPDC meninggal dunia

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Mael meninggal dunia di Hospital Muar, sebentar tadi. 

Perkara ini dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.

"Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini," tulisnya. 

Difahamkan punca kematian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan itu Zua ketika dihubungi pula memberitahu dia belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.

Dia dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti.

Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat.

 

 

Disiarkan pada: April 27, 2023 @ 10:38pm
d