utama

Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026 [METROTV]

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula pada 2026.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada Februari 2025.

"Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026," katanya ketika pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Aminhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanyakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.

Fadhlina berkata, pihaknya berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.

"Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah pun kami umumkan dalam 10 prakarsa sempena hari guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwartakan.

"Dengan pengumuman ini, KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera," katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2023 @ 12:01pm
d