utama

Tragedi pesawat terhempas: Mangsa jerit Allahuakbar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin

Shah Alam: "Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak."

Itu kata pekerja Pengurusan Air Selangor yang ingin dikenali Ihsan, 37, yang melihat kejadian sebuah pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian itu dia sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit dan menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk membaca meter di lokasi seterusnya namun tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di belakang.

"Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.

"Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu," katanya kepada Harian Metro.

Ihsan berkata, ketika itu dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.

Disiarkan pada: August 17, 2023 @ 5:10pm
d