utama

'Adik sayang mama sangat-sangat' - Ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Oleh Ruwaida Md Zain

Klang : 'Adik sayang mama sangat-sangat". Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.

Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang tadi.

Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.

"Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.

"Sebelum meletakkan telefon, dia berkata 'adik sayang mama sangat'," katanya.

Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.

"Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, 'mama..mama, buka pintu'.

"Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya," katanya menahan sebak.

Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.

Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.

"Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam," katanya.

Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.

Berita berkaitan:

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Disiarkan pada: August 17, 2023 @ 10:09pm
d