utama

Perakam suara kokpit, semua 10 mangsa sudah ditemui

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, di sini, ditemui 10.20 malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata CVR itu kemudian dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan lanjut.

"CVR adalah adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam, manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) belum ditemui.

"Pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai 10.30 malam, yang mana kita jumpa 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan.

"Kesemua mayat serta cebisan itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka selesai tengah hari esok.

Katanya, proses pencarian fasa kedua diteruskan malam ini untuk mencari jika masih ada yang tertinggal.

Berita berkaitan:

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

'Dua hari lalu arwah cakap nak lawat Penjara Bentong sekembali dari Langkawi'

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Disiarkan pada: August 17, 2023 @ 11:28pm
d