utama

Mawar Rashid dan suami bakal bercerai?

Kuala Lumpur: Pelakon Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.

Menurut sumber Harian Metro, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

"Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka," katanya kepada Harian Metro.

Terbaharu, Mawar juga sudah memadam gambarnya bersama suami di Instagram.

Sebaliknya, Raf masih membiarkan gambar mereka.

Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Namun, abang Raf yang juga penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley tampil menafikan kenyataan itu dan menegaskan rumah tangga adiknya tiada masalah.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Disiarkan pada: November 22, 2023 @ 5:14pm
d