utama

Zayn masih hidup pada jam 5 petang, 5 Disember

Oleh Mandy Leong

Petaling Jaya: Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilihat masih hidup oleh dua saksi selepas lima jam dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kanak-kanak autistik itu dilihat masih hidup sekitar jam 5 petang, 5 Disember lalu di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

"Melalui mass screening yang dilaksanakan kita mengenalpasti dua kanak-kanak yang melihat mangsa di tingkat dua dan tingkat tiga Blok R pada petang 5 Disember," katanya.

Hussein menerusi sebuah portal berita dilaporkan berkata, dua kanak-kanak itu melihat Zayn antara jam 5 hingga 5.30 petang berseorangan di koridor.

Waktu itu ialah kira-kira lima jam selepas Zayn dilaportkan hilang pada jam 12.30 tengah hari.

"Setakat ini, polis sudah mengumpulkan 238 sampel DNA," katanya.

Mayat Zayn ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam.

Mangsa disahkan dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan badan.

Disiarkan pada: December 14, 2023 @ 4:36pm
d