utama

Motor 'panas' berbeza harga

Oleh Mahaizura Abd Malik dan Mohammad Khairil Ashraf

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji langkah menyelaraskan harga motosikal yang dijual di bandar dan luar bandar.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya juga sedang melihat syarat penjualan motosikal membabitkan bayaran secara tunai dan ansuran kepada pembeli agar tidak berlakunya manipulasi harga oleh pihak peniaga.

Katanya, kajian ini dimulakan dengan pembabitan pihak pengeluar motosikal, kilang, pengedar dan persatuan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Contohnya kalau harga sesebuah model motosikal itu di Kuala Lumpur adalah RM7,800, kalau boleh satu masa kita mahukan di Gua Musang (Kelantan) juga harga sama. Itu yang kita hasratkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada masa ini, KPDN tidak mengawal harga motosikal yang dijual di pasaran kerana kaedah perniagaannya berbeza dengan penjualan kereta.

"Harga motosikal di pasaran terbuka akan ditentukan model perniagaan bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan harganya berbeza-beza mengikut lokasi.

"Sepertimana sedia maklum, harga motosikal dipengaruhi penawaran dan permintaan daripada pengguna sendiri," katanya.

Bagaimanapun katanya, KPDN sentiasa memantau aktiviti serta menguatkuasakan pematuhan penandaan harga barangan dan caj perkhidmatan.

"Setiap barang dipamerkan untuk jualan, peniaga diwajibkan mempamerkan tanda harga yang jelas selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk pengguna mudah membuat perbandingan dan pemilihan," katanya.

Menurutnya, sekiranya terdapat aduan kenaikan harga motosikal yang melampau, tindakan penguatkuasaan melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan diambil.

Katanya, KPDN sentiasa bertindak proaktif dalam melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap harga motosikal yang dijual secara tunai dan ansuran di pa saran.

"Ia termasuk pemeriksaan ke atas institusi kewangan dan syarikat pemberi kemudahan kredit berhubung pematuhan kandungan perjanjian sewa beli selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Sewa Beli 1967.

"Sekiranya terdapat perbezaan antara harga motosikal secara pembelian tunai dan ansuran, tindakan penguatkuasaan melalui Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan diambil untuk mengekang pelanggaran kesalahan berhubung gambaran yang mengelirukan mengenai harga," katanya.

Katanya, dari segi aduan terhadap penjual yang menjual motosikal pada harga tinggi, pihaknya menerima 13 aduan pada 2021, tujuh (2022) dan empat (2023).

"Bagi tempoh sama dari 2021 hingga 2023, kementerian mengambil tindakan ke atas 79 kes di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212)," katanya.

Beliau berkata, antara tindakan proaktif dilaksanakan KPDN bagi melindungi hak pengguna dengan menjalankan pemeriksanaan berkala di premis menjual motosikal, institusi kewangan dan pemberi kemudahan kredit.

'Terpaksa ikat perut nak bayar Honda RSX

Terpaksa berjimat dan mengikat perut demi memastikan komitmen bayaran bulanan dapat dilunaskan tanpa ada tunggakan.

Itu antara senario dihadapi individu yang membuat pinjaman semata-mata mahu memiliki sebuah motosikal idaman.

Alif, 32, berkata dia membeli motosikal Honda RSX 150cc kerana minat selain bagi memudahkannya berulang ke tempat kerja untuk mengelak kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Katanya, pendapatannya kurang RM3,000 sebulan membuatkannya terpaksa membuat pinjaman dengan sebuah syarikat kredit untuk membeli motosikal, tahun lalu.

"Dengan gaji bawah RM3,000 dan komitmen lain yang tinggi, saya terpaksa berhutang kerana tiada simpanan untuk beli secara tunai.

"Memang prosedurnya mudah tidak sampai seminggu pinjaman saya diluluskan, malah saya tidak perlu keluar deposit, namun rupanya saya terperangkap dengan 'hutang jahat' kerana tempoh pembayaran selama lima tahun," katanya.

Menurut bapa seorang anak itu, kehidupan di bandar agak mencabar kerana kos sara hidup juga tinggi membuatkannya terpaksa berjimat.

"Saya ada komitmen bayaran sebuah kereta dan perbelanjaan keluarga, bayaran motosikal ini sebanyak RM270 sebulan sebenarnya membebankan. Jujur, setiap bulan, gaji saya habis hanya untuk bayar komitmen.

"Ia membuatkan saya terpaksa ikat perut bagi memastikan saya dapat menjelaskan bayaran ditetapkan setiap bulan kerana jika tidak caj lewat akan dikenakan," katanya.

Pekerja swasta, Aslam Husaini Malik Faizal, 27, mendakwa wujudnya kedai yang sukar untuk menjual motosikal pada harga tunai kepada mereka.

Katanya, kedai motosikal ini lebih berminat kepada pelanggan yang ingin membeli motosikal secara ansuran.

"Saya ada juga bertanya mengenai pembelian secara tunai, tetapi jawapan diberi oleh penjual motosikal ini mengatakan bahawa perlu menunggu lama kerana tiada stok.

"Tetapi selepas beberapa minggu, saya hubungi semula untuk membeli secara ansuran, mereka terus mengatakan bahawa stok ada dalam sehari dua. Namun, kedai tersebut masih menerima pembelian secara tunai," katanya.

Aslam Husaini yang menggunakan motosikal jenis Honda RSX 150cc berkata, dia memilih untuk membeli secara ansuran disebabkan wang yang ada untuk simpanan sekiranya berlakunya kecemasan.

"Saya memilih untuk membeli secara bayaran ansuran disebabkan wang tunai yang ada adalah untuk digunakan jika ada kecemasan.

"Walaupun pada asalnya membeli tunai lagi jimat, namun jika ingin membeli secara tunai banyak kedai susah untuk menerimanya, bahkan mereka lebih berminat kepada pelanggan yang ingin beli motosikal secara ansuran," katanya.

Dia turut menyatakan motosikal yang dibelinya dikenakan bayaran secara ansuran setiap bulan sebanyak RM280 bagi tempoh lima tahun.

"Deposit pada waktu itu hanya RM1 sahaja. Bagi saya, walaupun bulanannya agak tinggi tetapi duit kecemasan saya tak diusik dan pada waktu itu harga motosikal saya kira-kira RM9,888," katanya.

Dari segi harga, dia mengakui setiap kedai motosikal yang dikunjunginya ada perbezaannya.

"Banyak kedai saya semak harga. Saya juga bertanyakan kedai di utara Kedah dan Pulau Pinang. Namun jika mengambil motosikal di sana (akan bertambahnya kos), jadi saya membeli motosikal di Lembah Klang," katanya.

Struktur harga motor tak sama dengan kenderaan lain

Kerajaan perlu berbincang dengan pihak industri dan pengeluar motosikal sebelum membuat sebarang penyelarasan harga.

Penganalisis automotif, Shamsul Yunos berkata, langkah itu perlu berikutan struktur harga motosikal tidak sama dengan kenderaan lain.

"Bila tiada kawalan, harga pasaran itu menjadi bebas iaitu setiap kedai ada kebebasan meletakkan harga mengikut permintaan pasaran.

"Masalahnya industri motosikal ini strukturnya berbeza berbanding kereta kerana kebanyakan pemilik kedai motosikal 'finance' (beri pinjaman) barang atau produk sendiri iaitu tidak ambil pinjaman pihak lain.

"Dalam hal ini, sudah tentu pemilik kedai mahu pembeli ambil pinjaman kedai, tetapi macam mana kerajaan mahu selesaikan... adakah tetapkan harga?" katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tiada kawalan harga motosikal di pasaran sehingga mewujudkan perbezaan antara kedai.

Katanya, kerajaan boleh memainkan peranan berbincang dengan pihak industri bagi menyelesaikan isu terbabit selain mencapai situasi menang-menang.

"Kalau tetapkan harga untuk pengguna... baguslah tetapi impaknya kepada industri macam mana?

"Saya rasa ada sahaja ruang untuk kerajaan tetapkan julat harga setidak-tidaknya anggaran harga, tetapi perlu pastikan dulu pengeluar letakkan harga runcit atau manufacturer suggested retail price (MRSP).

"Perkara ini agak rumit dan makan masa, namun jika kerajaan mahu selaras harga motosikal di pasaran, perlu buat perbincangan dengan pihak industri disebabkan perbezaan struktur," katanya.

KPDN kaji langkah selaras harga motosikal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji langkah menyelaraskan harga motosikal yang dijual di bandar dan luar bandar.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya juga sedang melihat syarat penjualan motosikal membabitkan bayaran secara tunai dan ansuran kepada pembeli agar tidak berlakunya manipulasi harga oleh pihak peniaga.

Katanya, kajian ini dimulakan dengan pembabitan pihak pengeluar motosikal, kilang, pengedar dan persatuan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Contohnya kalau harga sesebuah model motosikal itu di Kuala Lumpur adalah RM7,800, kalau boleh satu masa kita mahukan di Gua Musang (Kelantan) juga harga sama. Itu yang kita hasratkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada masa ini, KPDN tidak mengawal harga motosikal yang dijual di pasaran kerana kaedah perniagaannya berbeza dengan penjualan kereta.

"Harga motosikal di pasaran terbuka akan ditentukan model perniagaan bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan harganya berbeza-beza mengikut lokasi.

"Sepertimana sedia maklum, harga motosikal dipengaruhi penawaran dan permintaan daripada pengguna sendiri," katanya.

Bagaimanapun katanya, KPDN sentiasa memantau aktiviti serta menguatkuasakan pematuhan penandaan harga barangan dan caj perkhidmatan.

"Setiap barang dipamerkan untuk jualan, peniaga diwajibkan mempamerkan tanda harga yang jelas selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk pengguna mudah membuat perbandingan dan pemilihan," katanya.

Menurutnya, sekiranya terdapat aduan kenaikan harga motosikal yang melampau, tindakan penguatkuasaan melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan diambil.

Katanya, KPDN sentiasa bertindak proaktif dalam melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap harga motosikal yang dijual secara tunai dan ansuran di pa saran.

"Ia termasuk pemeriksaan ke atas institusi kewangan dan syarikat pemberi kemudahan kredit berhubung pematuhan kandungan perjanjian sewa beli selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Sewa Beli 1967.

"Sekiranya terdapat perbezaan antara harga motosikal secara pembelian tunai dan ansuran, tindakan penguatkuasaan melalui Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan diambil untuk mengekang pelanggaran kesalahan berhubung gambaran yang mengelirukan mengenai harga," katanya.

Katanya, dari segi aduan terhadap penjual yang menjual motosikal pada harga tinggi, pihaknya menerima 13 aduan pada 2021, tujuh (2022) dan empat (2023).

"Bagi tempoh sama dari 2021 hingga 2023, kementerian mengambil tindakan ke atas 79 kes di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212)," katanya.

Beliau berkata, antara tindakan proaktif dilaksanakan KPDN bagi melindungi hak pengguna dengan menjalankan pemeriksanaan berkala di premis menjual motosikal, institusi kewangan dan pemberi kemudahan kredit.

Disiarkan pada: January 17, 2024 @ 12:28pm
d