utama

Jawi sahkan 2 selebriti ditahan, disiasat kerana berkhalwat

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti ditahan malam tadi.

Jawi dalam satu kenyataan kepada Harian Metro berkata, siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

"Satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi di lokasi susulan aduan awam yang diterima.

"Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau OYDS di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat)," katanya, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan penahanan pasangan pelakon di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Berita berkaitan

Tiga jam tunggu Aliff Aziz buka pintu

Keluarga pelakon wanita turut berada di lokasi

Kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies ada di CCTV

Disiarkan pada: March 9, 2024 @ 2:34pm
d