utama

Kes selebriti ditangkap khalwat: Urusan di Jawi selesai jam 2 petang

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur : Pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan kerana berkhalwat malam tadi dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain.

Menurut sumber, pasangan terbabit yang dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, awal pagi tadi dibenarkan meninggalkan pejabat itu kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Terdahulu, kira-kira jam 12 tengah hari tiga kereta jenis Toyota Alphard, Honda Civic dan Perodua Myvi bersama lima individu dipercayai ahli keluarga mereka hadir ke pejabat itu untuk mengambil kedua-dua pasangan ini.

Kira-kira jam 1.30 tengah hari pengawal membenarkan kenderaan Toyota Alphard memasuki pejabat secara mengundur dipercayai untuk mengambil salah seorang daripada pasangan itu.

Kenderaan itu meninggalkan Jawi pada jam 1.48 tengah hari, manakala kereta Honda Civic yang dipercayai milik Ruhainies pula memasuki pejabat Jawi juga secara mengundur dan hanya keluar pada jam 1.53 tengah hari diiringi Perodua Myvi yang menanti untuk ke lokasi yang tidak diketahui.

Berita berkaitan

Tiga jam tunggu Aliff Aziz buka pintu

Keluarga pelakon wanita turut berada di lokasi

Kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies ada di CCTV

Jawi sahkan 2 selebriti ditahan, disiasat kerana berkhalwat

Disiarkan pada: March 9, 2024 @ 4:39pm
d