utama

Adun Kuala Kubu Bharu meninggal dunia

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia, hari ini.

Perkara itu disahkan Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr N Sathia Prakash menerusi hantaran di Facebook.

"Dukacita diumumkan pemergian Kee Hiong yang dikhabarkan meninggal dunia pagi tadi disaksikan ahli keluarga dan rakan seperjuangan terdekat.

"Beliau bukan nama asing lagi bagi masyarakat di Hulu Selangor. Keazaman dan kehebatan beliau sewaktu membantu kami semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu sangat kami hargai," katanya, di sini.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: March 21, 2024 @ 12:38pm
d