utama

Kes Spanco: Robert Tan didakwa tipu kontrak urus kenderaan kerajaan RM3.9 bilion

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan sehingga kementerian itu menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tokoh korporat berusia 83 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di depan Hakim Suzana Hussin.

Terdahulu, Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.

Tokoh korporat itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak 8 pagi.

'Saya tak bersalah, saya dah tolong negara banyak lama' - Robert Tan

Disiarkan pada: April 3, 2024 @ 10:02am
d