utama

Kes tembak di KLIA: Suspek direman esok

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang ini, akan direman esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya, bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.

"Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu," katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, selepas melarikan diri lebih daripada 36 jam, akhirnya suspek lelaki, Hafizul Harawi, 38, yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu," katanya.

Dalam kejadian 1.15 pagi kelmarin, bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1, dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan.

Ditahan selepas pergelutan, pistol dirampas juga

Suspek bergerak solo - Polis

Kereta digunakan suspek kes tembak bukan didaftar atas namanya

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

Polis kumpul maklumat daripada ahli keluarga, kenalan Hafizul

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Disiarkan pada: April 15, 2024 @ 7:19pm
d