utama

Hafizul direman tujuh hari

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, direman tujuh hari.

Reman suspek dikenali Hafizul Harawi yang ditahan semalam di Jalan Bayam, di sini bermula hari ini hingga Isnin, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada 8.30 pagi dengan dikawal ketat polis.

Dia ditahan di Jalan Bayam pada 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis

Suspek kes tembak KLIA mungkin mahu lari ke Makkah melalui Thailand - Polis

Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan

'Saya perlukan 7 peguam wakili saya'

'Saya akan beri kerjasama kepada polis'

Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut

Disiarkan pada: April 16, 2024 @ 9:46am
d