utama

Pempengaruh AI cantik palsu

Oleh AFP

Paris: Pempengaruh media sosial kini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengetengahkan kandungan mereka.

Bagaimanapun, golongan ini juga berdepan persaingan yang semakin meningkat daripada pempengaruh Instagram (IG), TikTok dan YouTuber, yang dijana menerusi AI.

Sebagai contoh, Aitana Lopez mempunyai lebih 300,000 pengikut di IG. Aitana adalah pempengaruh AI dicipta oleh sebuah syarikat berpangkalan di Barcelona, The Clueless.

Pengurus projek di The Clueless, Sofia Novales berkata, peningkatan kos yang dikaitkan dengan pempengaruh manusia adalah sebab di sebalik penciptaan pempengaruh AI.

"Model maya memberi alternatif yang lebih menjimatkan," kata Novales.

Sama juga dengan Lil Miquela, pempengaruh AI yang 'tinggal' di Los Angels. Robot ini dicipta oleh sebuah agensi di California pada 2016.

Lil Maqueta pernah mempromosikan jenama terkenal iaitu BMW dan mempunyai 2.6 juta pengikut di IG dan 3.5 juta lagi di TikTok.

"Ideanya adalah untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata pembuat kereta premium Jerman itu dalam satu kenyataan kepada AFP.

Maud Lejeune, yang mengetuai agensi strategi digital AD Crew yang berpangkalan di sini berkata, tidak sukar untuk orang ramai menerima pengaruh AI.

"Ia seperti pelakon di televisyen, kita tahu ia tidak benar, lagi kita mengikuti mereka..." katanya.

AD Crew mewakili lebih 30 pempengaruh, tetapi Lejeune mencipta pempengaruh mayanya, Metagaya, dua tahun lalu.

"Tahap reka bentuk semasa tidak wujud ketika itu. Ia teknikal, kamu perlu menyiapkan' mereka', mengambil gambar untuk latar belakang, mencipta cerita," kata Lejeune, mengakui Metagaya tidak begitu baik.

Dalam pada itu, AI turut mencetuskan kebimbangan terhadap lambakan video palsu yang boleh digunakan untuk niat jahat.

Meta, pemilik Fb dan IG memaklumkan ia mula meletakkan "Dibuat dengan label AI" pada kandungan yang dijana AI pada bulan ini.

AI juga membentangkan peluang perniagaan yang besar untuk pencipta kandungan.

Menurut Kajian Pasaran Allied, pasaran pempengaruh dijangka berkembang pesat, daripada AS$ 16.5 bilion (kira-kira RM78.8 bilion) pada 2022, kepada hampir AS$ 200 bilion (kira-kira RM955.6 bilion) menjelang 2032.

Disiarkan pada: May 5, 2024 @ 12:17pm
d