utama

Tiga sekeluarga ditemukan lemas

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Hulu Selangor: Tiga sekeluarga ditemukan lemas di sungai dekat Jalan Genting Lama-Batang Kali, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.09 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Turut memberi bantuan adalah Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

"Menurut laporan awal, terdapat tiga mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

"Semua mangsa ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas," katanya menerusi satu kenyataan.

Wan Md Razali berkata, keluarga itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, kerja-kerja menaikkan mayat mangsa sedang dijalankan.

Disiarkan pada: May 5, 2024 @ 2:53pm
d