vroom

VW baru sempena Aidilfitri

Oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia

PULANG ke kampung halaman dengan memandu kereta baru sempena Aidilfitri pastinya mencetuskan suasana meriah dan lebih selesa terutama bagi perjalanan yang jauh.

Bagi anda yang masih tercari-cari kereta yang mahu dibawa pulang sempena musim perayaan tidak lama lagi ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) iaitu pengedar rasmi kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia sedia membantu.

Komited dalam memenuhi keperluan pelanggannya, VPCM mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan eksklusif khas buat pelanggan setianya sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain promosi rebat 'Duit Raya' sedia ada, antara yang menarik perhatian umum ialah penyelenggaraan percuma selama lima tahun untuk semua varian Vento dan Passat bagi pembelian sehingga 31 Julai 2017.

Tambah menarik, pelanggan yang mendaftar dan menerima kereta Volkswagen yang ditempah sebelum 30 Jun 2017, mereka bakal menerima baucer petrol sebanyak RM500.

Berikut senarai model dan penjimatan untuk promosi Volkswagen Raya yang akan berakhir pada 31 Julai 2017 (semua kos harian ini berdasarkan kepada pengiraan pinjaman 9 tahun):

Jika berminat, kunjungi siri jelajah jualan Volkswagen di Berjaya Time Square pada 1–4 Jun dan di Avenue K, Kuala Lumpur pada 2 Jun–4 Julai.

Syarikat jenama kereta hebat ini turut tidak melupai pelanggan yang selama ini setia bersamanya.

Mulai 5 Jun hingga 15 Julai 2017, pemilik kenderaan Volkswagen boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk cakera dan pad brek berharga mulai RM304.

Pelanggan juga akan mendapat hadiah percuma dan paket Raya istimewa apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM400 untuk penyelenggaraan dan servis sepanjang tempoh berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.volkswagen.com.my/.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 2:56am
d