vroom

CBR600RR gaya MotoGP

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Melihat pada gaya luaran yang bertemakan Redbull MotoGP, ramai yang bertanya model motosikal ini berikutan rupa bentuknya tidak pernah dilihat atau dijual secara terbuka dan dipamer di mana-mana premis menjual motosikal.

Rupanya yang garang setelah dinaik taraf dengan pelbagai aksesori tambahan di samping gabungan pelbagai warna pada jentera itu, terus menenggelamkan rupa dan model asal jentera.

Vroom membawakan sebuah jentera dua roda lagi kategori Superbike (SBK) tetapi uniknya jentera ini diubah suai menyerupai konsep WSBK.

Jentera Honda CBR600RR binaan 2006, milik Amar Qadafi Abas, 30, seorang penjawat awam di Perak, memukau golongan muda kerana tampak sama dengan jentera yang digunakan dalam siri perlumbaan motosikal dunia.

Keseluruhan fairing atau kit badan khas bernilai RM6,000 lengkap dengan cat semburan bertemakan Red Bull Moto GP dipakaikan pada jenteranya. Ternyata fairing itu mengubah bentuk jenteranya tetapi ia tidaklah semudah Plug and Play (PNP) sebaliknya membabitkan kerja-kerja pengubahsuaian lain terutama pada bahagian lampu hadapan serta pelana belakang.

Selain itu, penukaran dan penambahan komponen lain diutamakan bagi memastikan ia tampak seolah digunakan di litar.

Antara komponen diganti ialah Racing Footrest, Spring Fork Ohlin, MRA Germany Windshield 0 Gravity, tayar khusus jenis Nangkang Semi Slick, gegancu Renthal, rantai DID dan banyak lagi.

Bahagian enjin bersesaran 599cc DOHC, 16 injap empat silinder sebaris lengkap penyejukan cecair tidak dibiarkan dalam keadaan asal dan telah menjalani proses naik taraf membabitkan penggunaan omboh khas berprestasi tinggi, kerja port & polish, Quick Shifter, Slipper Klac FCC, ECU Flush, Penapis Udara K&N, Denso Iridium Plug Racing dan sebagainya.

Ternyata rombakan pada bahagian enjin berserta kemasukan ekzos khas Full System SC Project, meningkatkan kuasa jentera dan menghasilkan kuasa melebihi 88kW @ 13,500 dan tork melebihi 66Nm @ 11,250 rpm.

Selain itu, jentera ini menggunakan brek Gabungan ABS Elektronik atau C-ABS yang biasanya diguna pada motosikal-motosikal produksi dunia.

Namun sekali lagi pemilik merombak sistem brek cakera dengan membawa masuk pam utama Yamaha R1 yang mana menurutnya, kuasa cengkaman jentera lebih terasa.

Ditanya mengenai kos modifikasi jentera, pemilik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Amar Towing Bike Motosport, menegaskan dia membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubah suai jenteranya.

INFO

HONDA CBR600RR 2006

• Enjin 599cc DOHC

• Full Fairing Red Bull Moto GP WSBK

• Master pump Yamaha R1

• Mra Germany Windshield 0 Gravity

• Racing Footrest

• Nangkang Semi slick street tyre

• Renthal Sprocket

• DID chain

• Ecu Flush

• Cam racing BranWeb Cam

• Spring fork ohlin

• Ekzos full system SC Project

• Quickshifter

• Launch Control

• Speed Limiter pitline

• Slipper clutch F.C.C

• K&N Penapis Udara

• Denso Iridium Plug racing

• Head Port & Polish

• Kos modifikasi - RM20,000

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 12:58am
d