vroom

Iswara gaya Stance

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Tidak dinafikan dalam dunia permotoran hari ini banyak perkara baru dan kreativiti yang ditampilkan pemilik kereta.

Jika dahulu hanya kategori klasik, retro dan autoshow, namun kini banyak kategori lain wujud tanpa disedari.

Satu daripadanya adalah Stance, di mana jentera digubah kepada gaya begitu rendah.

Stance fenomena digilai komuniti kereta masa kini dengan proses ubah suai ini tidak menelan belanja tinggi.

Sebaliknya, penggemar kategori ini hanya perlu merendahkan kereta sama ada menggunakan suspensi khas atau kustom manakala rupa luaran jentera tidak memerlukan ‘make up’ melampau seakan-akan jentera autoshow.

Vroom kali ini tertarik dengan Proton Saga Iswara 1985 milik Khairul Azlan atau Aboy dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Secara luaran, jentera ini hanya mengenakan kit badan Lightning Bunny dan tampak berbeza dengan jentera Stance lain.

Namun, perbezaan paling ketara adalah suspensi terlampau rendah selain gabungan rim Work L1 17 inci bersama tayar berprofil rendah.

Tiga elemen utama dalam kategori stance ini berjaya mengubah dan menaikkan imej jentera.

Bahagian dapra pula diubah suai dengan menggabungkan plat besi bagi menampakkan rim dan tayar seolah-olah ‘tenggelam’.

Bukan itu sahaja, bumbung jentera tersemat bumbung matahari daripada model Mazda manakala jeriji hadapan menggunakan Saga LMST.

Sudut dalaman jentera dipenuhi Rollcage untuk keselamatan manakala papan pemuka dihiasi aksesori seperti Stereng Sparco, Bucket Bride dan tiga meter tambahan.

Bahagian menerima sedikit sentuhan apabila enjin 4G15 suntikan bahan api dinaik taraf dengan komponen seperti High Cam 288’, Cam Pulley HKS boleh laras, radiator aluminium dan Regulator Sard.

Deruman kuasa jentera yang menggunakan klac perlumbaan bertambah dengan penggunaan ekzos Muffler APEXi.

Difahamkan, pemilik mengakui membelanjakan lebih RM20,000 supaya kelihatan asli seakan-akan model Stance di Jepun.

PROTON SAGA ISWARA 1985

• Enjin 4G15 Injection

• High Cam 288’

• Adjustable Cam Pully HKS

• Radiator Aluminium

• Regulator Sard

• Klac Racing

• Muffler APEXi

• Sunroof Mazda

• Bodykit Lightning Bunny oleh 420 Bodywork

• Gril Saga LMST

• Rim Work L1 saiz 17 inci

• Tayar profil rendah 205/40/17

• Papan pemuka

• Proton UK specification

• Kerusi semi bucket Bride

• Meter defi

• Rollcage

• Stereng Sparco

• Suspensi oleh 420 Bodywork

Disiarkan pada: January 21, 2018 @ 1:49am
d