vroom

Subaru Charity Drive meriah

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Lebih 100 peserta menyertai acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran TC Subaru Sdn Bhd dikenali Subaru Charity Drive 2018.

Acara anjuran pengedar rasmi Subaru di Malaysia bertujuan meraikan 37 anak yatim dan enam penjaga dari SHELTER-Home For Children, Petaling Jaya.

Kira-kira 34 kakitangan TC Subaru bersama 71 ahli Kelab Pemilik Forester Malaysia dan 12 kakitangan pengedar sah Subaru menyertai acara bermula dari ibu pejabat TC Subaru di Petaling Jaya.

Subaru Charity Drive 2018 kali ini dimulai dengan kedatangan anak yatim di ibu pejabat TC Subaru menaiki kenderaan khas untuk menikmati makan tengah hari di Restoran 3 Lautan di Seri Kembangan, Selangor.

Selepas selesai majlis makan tengah hari, peserta dibawa ke Farm In The City iaitu zoo bandar yang terletak di Seri Kembangan.

Menurut kenyataan TC Subaru, Subaru Charity Drive 2018 dianjurkan untuk mewujudkan kesedaran mengenai makna dalam kehidupan untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.

Jelasnya, tujuan membawa anak yatim ke Farm In The City supaya kakitangan, kelab pemilik Forester dan kanak-kanak berseronok dan menikmati keindahan alam sekitar di tengah bandar.

TC Subaru mahu mengeratkan hubungan antara pihak berkepentingan yang semua saling bergantungan antara satu dengan lain.

Disiarkan pada: March 18, 2018 @ 9:21am
d