vroom

'Burung Biru' 450HP

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Ibarat dilahirkan semula. Demikian gambaran terhadap jentera Datsun Bluebird SSS 910 binaan 1980, milik Mazlan Chong@A Lang A Lang, 40, yang sentiasa menarik perhatian ramai.

Ini kerana selain rupa luaran yang garang, sedan ini dipadankan bersama enjin Mazda 13B Rotary yang cukup berkuasa.

Uniknya, enjin digunakan pemilik baru ini sudah dirombak dan dinaik taraf dengan pelbagai komponen berprestasi tinggi hingga menghasilkan 450 kuasa kuda (hp).

Antara komponen yang melekap pada enjin ini ialah perumah kemasukan jenis J-POT, Unit Nyalaan MSD Pro, Twin Pump Bosch 044, Regulator SX performance, Penyuntik Secondary 1,600cc, Turbin Tunggal GReddy T88, Wastegate Trust 50mm, Funnel HKS, Radiator Cool Pro, Pulley Aloi dan Microtech LT10.

Sementara itu, sudut luaran jentera digelar Yakuza ini sangat berbeza apabila dipasangkan kit badan binaan khas terutama bahagian dapra yang menggunakan plat keluli rekaan khas.

Hiasan tidak terhenti di situ saja, Datsun ini turut dipasangkan bumbung suria Nissan Skyline R33 serta Spoiler AE86 dan lampu belakang Nissan Skyline R32.

Suspensi jentera dikawal JIC Magic boleh laras daripada Nissan Skyline R33 manakala kuasa membrek digalas Brembo Porsche 4 Pot.

Pelengkap kepada rupa garang ialah sepasang ekzos binaan khas bersaiz tiga inci, kit sisi dan rim Work Rezex bersaiz 18 inci.

Ruang dalaman hanya mampu memuatkan pemandu dan penumpang hadapan berikutan ruangan tempat duduk belakang dipenuhi sistem audio.

Papan permuka binaan khas turut dihiasi beberapa meter tambahan pelbagai fungsi.

Bahagian but belakang pula sarat komponen audio berkualiti tinggi.

SPESIFIKASI:

Datsun Bluebird SSS 910 tahun 1980

- Enjin Mazda 13B

- Perumah kemasukan jenis J-POT

- Unit Nyalaan MSD Pro

- Twin Pump Bosch 044

- Regulator SX performance

- Penyuntik secondary 1,600cc

- Turbin GReddy T88

- Wastegate Trust 50mm

- Funnel HKS

- Radiator Cool Pro

- Microtech LT10

- Ekzos kustom bersaiz tiga inci

- Kit badan binaan khas

- Bumbung suri Skyline R33

- Spoiler AE86

- Lampu belakang Skyline R32

- Suspensi JIC Magic boleh laras

- Brek Brembo Porsche

- Rim Work 18 inci

Disiarkan pada: April 15, 2018 @ 2:17pm
d