vroom

Brek tidak cengkam

Oleh Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM

Brek Perodua Bezza saya kadangkala tidak mencengkam dengan baik. Masalah ini sudah dibawa ke Pusat Servis Perodua untuk pemeriksaan tetapi gagal mengetahui sebarang punca. Ada yang mengatakan masalah ini disebab­kan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Benarkah begitu?

Azman Hassan,

Kepong, Kuala Lumpur

Setakat ini tidak pula kedengaran sistem brek ABS untuk Perodua Bezza mengalami masalah sedemikian.

Situasi yang dialami beberapa model Myvi generasi terdahulu disebabkan keadaan pam brek ABS (ABS actuator/modulator) yang kurang berkesan selepas sekian lama digunakan. Namun begitu, ia bukan masalah besar atau serius sehingga panggilan semula (recall) perlu dilakukan pengeluar.

Sebaiknya, anda menghubungi semula pusat servis untuk temu janji supaya boleh mengatur pemeriksaan khas bagi mengenal pasti masalah ini.

Sistem ABS agak kompleks dan mungkin disebabkan kegagalan injap aliran balik cecair brek (by-pass valve) ke tangki apabila tekanan berlebihan hingga brek hilang tekanan.

Disiarkan pada: April 29, 2018 @ 2:25pm
d