vroom

Kekal peneraju segmen pikap

Oleh Mohd Razlan Salleh

Kemunculan pelbagai model pikap di pasaran tempatan bukan hala-ngan bagi Ford Ranger 2.2L Wildtrak apabila dinamakan sebagai ‘Pickup Truck of the Year’ oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY 2018).

Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan reputasinya selaku pikap paling pintar, berkeupayaan dan versatil di pasaran.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, pihak-nya teruja menambah pengiktirafan ini selain maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan.

“Pelanggan ternyata menghargai ketahanan, praktikaliti dan teknologi canggih serta ciri lain yang ada pada Ranger.

“Ford Ranger terbukti sebagai sebuah pikap paling lasak dan pintar yang boleh diharapkan pelanggan,” katanya.

Dikuasakan enjin empat silinder Duratorq dengan pengecas turbo bersesaran 2.2L, Ranger Wildtrak baru menawarkan keupayaan mengagumkan.

Kenderaan lasak ini berkemampuan menunda bebanan sehingga 3,500 kilogram (kg), mengharungi air mencecah 800 milimeter (mm) mendahului kelasnya dan kapasiti mengangkut beban luar biasa.

Ranger 2.2L Wildtrak baru meneruskan aspek ‘Built Ford Tough’ dan pada masa sama, mening-katkan tahap keperincian yang jarang dilihat dalam segmen pikap.

Rekaan luaran lebih gagah dan moden memberikan Ranger penampilan mantap di jalan raya manakala ruang kabin bergaya menawarkan suasana selesa dan kontemporari seakan-akan sebuah sedan.

Rangkaian teknologi termaju dan ciri lebih pintar ditawarkan untuk membantu pemandu kekal terhubung serta sentiasa dalam kawalan.

Ini termasuklah ciri ketersambungan SYNC 3 dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang meningkatkan lagi aspek kemudahannya.

Di samping itu, ciri Lane Departure Warning and Assist, Forward Collision Alert; Mitigation, 4x4 shift-on-the-fly, Adaptive Cruise Control, sistem MyKey R dan Electronic Locking Rear Differential menjadi nilai tambah untuk model ini.

Pada suku pertama tahun ini, jualan Ranger membantu meningkatkan perkongsian pasaran dalam segmen pikap kepada 15.3 peratus, meningkat 1.3 peratus berbanding suka pertama tahun lalu.

Disiarkan pada: June 17, 2018 @ 5:46am
d