vroom

Perubahan memukau

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Tertarik dengan kenderaan kompak membolehkan seorang pemilik Perodua Axia melakukan ‘transformasi’ terhadap jentera kesayangannya.

Kesan modifikasi ekstrem itu ternyata memukau sesiapa sahaja melihatnya baik pada sudut luaran yang tampil bergaya dan garang serta ruang dalaman kemas.

Pemiliknya yang mahu dikenali sebagai KikieLala, 27, berkata kenderaan model 2014 bersesaran 1,000cc itu menggunakan transmisi automatik diilhamkan bengkel modifikasi di Thailand.

Kenderaan ini hanya mengenakan kit badan ‘Black Pearl Complete Galaxy Japan’ dan disaratkan dengan aksesori tambahan lain termasuk cermin sisi khas dan sistem audio.

Semua lampu jentera termasuk hadapan dan belakang binaan khas di samping lakaran ‘tatu’ khas pada but enjin jentera.

Tampil garang Sportrim W Work Durandal DD5.2 18 inci tempah khas dipadankan bersama Spike Nut Rim 326 Power Japan 2018 Edition yang unik.

Ruang dalaman pula dipenuhi sistem audio berkualiti tinggi.

Menggunakan dua pemain cakera utama iaitu Pioner P99rs dan Android 10 inci divisualkan melalui 34 monitor 4.3 inci serta tiga monitor tujuh inci.

Kuasa enjin masih kekal asal tetapi diberi kekemasan krom bagi menambahkan seri.

Antara yang menarik ialah sistem suspensi udara khas yang mampu merendah dan meninggikan jentera mengikut kehendak pemandu dengan hanya menekan butang khas atau alat kawalan jauh.

SPESIFIKASI

• KIT BADAN: Black Pearl Complete Galaxy Japan

• LAMPU: Hadapan dan belakang kustom

• RIM: W Work Durandal DD5.2 tempahan khas

• NAT RIM: 326 Power Japan 2018

• BUT ENJIN: Lakaran khas

• SUSPENSI: Sistem udara binaan khas

• PEMAIN CAKERA: P99rs Pioneer

• PLATFORM MULTIMEDIA: Android 10 inci Monitor 4.3 dan tujuh inci

Disiarkan pada: June 24, 2018 @ 2:59am
d