vroom

Formulasi 'performance first'

Oleh HM Digital

UMW Grantt International melancarkan minyak pelincir motosikal terbaharu, Quadra.

Ketua Serantau Grantt Lubricants, Anas Nasrun Mohd Osman bersama Pengurus Besar UMW Grantt International, Mohd Asri Jusoh, memperkenalkan minyak pelincir motosikal daripada Grantt Lubricants itu pada majlis pembukaan Quadra Track Day yang diadakan di Litar Elite Speedway, baru-baru ini.

Minyak pelincir motosikal sintetik penuh serba baharu itu, Quadra SAE 10W-50 4T, diformulasi untuk ‘performance first’.

Ia melepasi standard tertinggi piawaian antarabangsa dengan menggunakan teknologi terbaharu dan formulasi inovatif.

Produk terbaharu ini menambah rangkaian produk Grantt Lubricants Quadra ke enam jenis minyak pelincir yang boleh digunakan untuk semua jenis motosikal. #vroomHM

Disiarkan pada: May 19, 2019 @ 6:00am
d