vroom

Petronas Auto Expert pusat servis lengkap

Oleh Saipul Adli Mohamad

SEJAK pelancarannya April lalu, pusat servis bawah jenama Petronas Auto Expert yang dibangunkan oleh Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) semakin berkembang.

Sehingga November 2019, tujuh cawangan sudah beroperasi sepenuhnya di Lembah Klang yang juga sebagai perintis projek Fasa 1 melalui pelan pembangunan syarikat pengeluar petroleum negara itu.

Bakal diluaskan ke seluruh negara secara berperingkat, sambutan terhadap Petronas Auto Expert sangat memberangsangkan sekali gus menyumbang kepada peningkatan jualan minyak pelincir kereta, Petronas Syntium.

Pengusaha tiga cawangan Petronas Auto Expert, Muhamad Eezam Masripan berkata, melalui pelan jangka panjang yang ditawarkan, ia melonjak jualan syarikat sebanyak 120 peratus.

“Melalui bimbingan, kerjasama dan tunjuk ajar pasukan projek khas Petronas Auto Expert, ia membantu menjadikan lokasi ini sebagai jenama utama pusat servis di Shah Alam,” katanya.

Selain semua di bawah satu bumbung, pelanggan dijamin menerima perhatian sepenuhnya daripada mekanik terlatih berserta penggunaan teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.

Tujuh cawangan Petronas Auto Expert beroperasi di Seksyen 15 Shah Alam, Seri Kembangan, Sri Manja, Petaling Jaya, Sri Batu Caves, Semenyih dan Bandar Bukit Raja, Klang. #vroomHM.

Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 5:00am
d