vroom

Kempen mesra alam

Oleh Lizam Ridzuan

KEMPEN kesedaran alam sekitar ‘Nissan Nurtures Nature’ (NNN) diadakan bersempena Festival Bodymindsoul di Setia City Convention Centre, Selangor.

Program yang mula diperkenalkan tahun lalu itu mengumpulkan pelanggan dan keluarga, rakan niaga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) untuk aktiviti berkaitan kitar semula dan mesra alam.

Selain melakar perubahan positif untuk komuniti, ia juga mendorong kepada aktiviti berasaskan falsafah 3R iaitu ‘Reduce, Recycle dan Reconnect’.

Antara yang dipamer ialah botol plastik kitar semula yang digunakan untuk penanaman herba dan tayar terpakai bagi menghasilkan perabot ‘Tire Ottoman’.

Seiring dengan konsep mesra alam, kenderaan elektrik sepenuhnya, Nissan Leaf serba baharu yang tidak menghamburkan sebarang emisi turut dipamerkan.

Pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel, persembahan, pertunjukan fesyen, gerai jualan dan peluang memandu uji model Nissan juga disediakan untuk orang ramai.#vroomHM

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 6:01am
d