vroom

Tawaran e-store renault

Oleh Lizam Ridzuan

PROSES menempah kenderaan kini semakin mudah buat mereka yang ingin membeli kenderaan Renault yang disediakan oleh TC Euro Cars (TCEC) sebagai pengedar utama kenderaan Renault di negara ini.

Melalui laman web Renault Malaysia, ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribes’ kini boleh didapati sebagai nilai tambah dalam talian untuk kemudahan kepada pelanggan.

Mereka kini tidak perlu datang ke ruang pameran dan boleh memandu uji kenderaan Renault Captur selama tiga jam yang ditawarkan GoCar untuk lebih pengalaman pandu uji sebelum melakukan pembelian.

Pengerusi TCEC, Nicholas Tan berkata, proses pembelian kereta kadangkala boleh menjadi proses yang memakan masa dan memenatkan. Kini Renault E-Store menjadikan keseluruhan lebih mudah melalui digital sepenuhnya.

“Daripada sesi pandu uji sehingga penyerahan kereta, perjalanan pemilikan kereta boleh dimulakan secara dalam talian di rumah pada bila-bila masa,

“Kami berbangga menjadi jenama automotif pertama yang terlibat dalam e-dagang dan menjadi perintis dalam era pendigitalan industri automotif,” katanya.

Hanya melayari laman web www.renault.com.my pembeli boleh memilih model dan warna diinginkan, melakukan bayaran tempahan, menghantar dokumen yang diperlukan, nilai jual beli, pinjaman bank, status kenderaan baharu dan lokasi penyerahan.

Untuk Switch Plan pula ia menawarkan ciri fleksibel yang membolehkan pelanggan bertukar-tukar di antara model Renault dalam pasaran tempatan bergantung kepada keperluan mereka.

Rangkaian model Renault di Malaysia terdiri daripada sports hatch ikonik berprestasi tinggi Megane R.S. 280 Cup, kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Koleos dan crossover Captur.

Renault E-Store juga berfungsi sebagai galeri dan pusat maklumat apabila pelanggan boleh mengetahui mengenai produk mereka, khidmat selepas jualan dan barangan eksklusif Renault.

Disiarkan pada: February 9, 2020 @ 7:16am
d