vroom

Tiada kenaikan harga Toyota

Oleh Lizam Ridzuan

UWW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan tiada perancangan setakat ini untuk menaikkan harga model-model Toyota versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran di negara ini.

Presidennya Ravindran K berkata terdahulu dalam tahun ini, Kementerian Kewangan memberikan jaminan bahawa jika ada model CKD

terjejas oleh kenaikan harga hasil daripada kaedah pelaporan telus Nilai Pasaran Terbuka, ia akan diserap atau dikecualikan sepenuhnya oleh

Kementerian Kewangan pada tahun 2020.

“Faktor-faktor seperti kadar tukaran dan semakan cukai boleh menjejaskan harga kenderaan namun sejauh mungkin syarikat akan cuba mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap kenaikan sebanyak mungkin,” katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.

Model-model CKD yang ditawarkan oleh UMWT ialah Toyota Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Maklumat berkaitan harga pelbagai model itu boleh didapati di toyota.com.my atau pengedar sah dan cawangan UMWT di seluruh negara.

Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 6:55pm
d