vroom

GR Supra warnai Super GT Jepun

Oleh Lizam Ridzuan

Selepas Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) Malaysia yang dianjurkan oleh UMWT Toyota Motor (UMWT) mendapat tempat di kalangan peminat permotoran tempatan, ia kini menjalin kerjasama dengan Super GT Malaysia Festival 2020.

Melalui pusingan ke-5 Autobacs Super GT Series 2020 yang bakal diadakan di negara ini Julai nanti, ia turut menambah kehangatan perlumbaan Festival TGR dengan acara kemuncak bakal diadakan April hadapan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMWT Akio Takeyama berkata hasil sokongan daripada peminat dan komuniti TGR di Malaysia menjadi laras dan platform untuk seiring dengan jenama Super GT yang mula diperkenalkan pada 1993 lagi.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Super GT Jepun yang terkenal dengan perlumbaan kereta Grand Touring (GT) kembali dianjurkan di negara ini serta dalam masa sama berpeluang untuk menyerlahkan lagi model Toyota Supra kami,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kereta sport itu juga adalah yang pertama untuk rangkaian produk GR melalui pengenalan produk Gazoo Racing Garage yang dilancarkan pada tahun lalu di negara ini.

Selain itu peluang eksklusif juga ditawarkan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di dalam jentera itu yang juga bakal menjadi hadiah utama peraduan teka pemenang Supert GT Jepun di SIC nanti.

Super GT Malaysia Festival 2020 pusingan ke-5 diadakan pada 16 hingga 19 Julai hadapan yang pertama kali dilangsungkan pada sebelah malam.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 11:22am
d