vroom

Mazda3 dinobat rekaan terbaik 2020

Oleh Lizam Ridzuan

TAMPIL dengan ciri minimalis membolehkan Mazda3 dipilih sebagai pemenang untuk Anugerah Rekaan Terbaik 2020 salah satu daripada lima kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Kereta Dunia (WCA).

Anugerah WCA yang dimulakan sejak 2004 oleh sekumpulan wartawan permotoran antarabangsa yang mana tahun ini ia melibatkan lebih 86 orang dari 25 negara.

Keputusan akhir itu diumumkan di Toronto, Kanada semalam.

Mazda3 yang hadir dalam dua rekaan iaitu hatchback dan sedan turut ditawarkan di negara ini menyerlahkan lagi falsafah rekaan Kodo dengan pendekatan konsep 'less is more" tanpa elemen yang berlebihan namun tampil gaya sporty dan elegan.

Mazda3 adalah model kedua daripada kenderaan jenama Mazda selepas MX-5 (dikenali sebagai Roadster di Jepun) yang juga memenangi anugerah itu pada 2016.

Untuk pasaran Malaysia ia diedarkan Bermaz Motor Sdn Bhd yang juga menyediakan model seperti CX-3, CX30, CX-5, CX-8 dan CX-9 untuk SUV, serta Mazda2 dan Mazda6 untuk sedan/hatchback, MX-5 dan Trak Pikap, BT-50.

Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 4:01pm
d