vroom

Honda tawar perkongsian kereta

Oleh Lizam Ridzuan

HONDA Malaysia dengan kerjasama Socar Mobility Malaysia menyediakan 50 unit model Honda City kepada pemilik kenderaan Honda yang menjadi petugas barisan hadapan negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata semua pihak kini berperanan dalam usaha membantu mengengkang penularan pandemik Covid-19 di negara ini dan usaha ini diharap memberi kelegaan kepada mereka.

“Kami menyediakan Honda City buat kenderaan pelanggan yang mengalami kerosakan dalam tempoh ini untuk kegunaan sementara dengan semua kos perkongsian kenderaan itu ditanggung oleh Honda Malaysia,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Melalui program ini mereka yang terjejas pergerakan akan disediakan dengan kenderaan selama sebulan dan hanya perlu mengisi borang atas talian serta pegawai khidmat pelanggan Honda akan menghubungi mereka.

Untuk maklumat lanjut kepada petugas barisan hadapan negara yang terbabit boleh layari laman web: https://www.honda.com.my/customer_service/enquiry.

Disiarkan pada: April 23, 2020 @ 12:17pm
d