vroom

Toyota, Lexus mula beroperasi

Oleh Lizam Ridzuan

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan rangkaian cawangan pengedar rasmi jualan dan servis Toyota serta Lexus kembali beroperasi mulai hari ini.

Presidennya Ravindran K berkata pembukaan itu selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak

berkuasa tempatan yang terlibat dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

"Selain itu kami juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta pekerja seperti penjarakan sosial, pembasmian kuman di premis serta urusan tanpa sentuhan antara individu," katanya.

Ditumpukan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pembukaan semula hampir majoriti cawangan pengedar Toyota dan Lexus itu adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk peraturan kerajaan negeri masing-masing.

UMWT juga menasihatkan pelanggan memastikan waktu dan hari operasi pusat jualan dan servis terbabit untuk melakukan temujanji.

Terdahulu kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi yang mana jaminannya tamat dalam tempoh PKP akan diberi lanjutan selama 30 hari dari tarikh akhir perlaksanaanya.

Untuk pertanyaan dan bantuan umum pelanggan boleh menghubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682), 1-800-88-LEXUS (54987) dan Bantuan Kecemasan 24 jam di talian 1800-888-247.

Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 1:01pm
d